BUBUR JAGUNG

Perut ni asyik meroyan je . Mok pun buntu dah nak makan apa . Nak beli pun bosan dah . Mok pun pergi la berjalan kat belakang rumah . Almaklumlah mok kan suka bercucuk tanam . Intai-intai la dulu tanaman yang ada . Kalau ada yang dah masak , kena baham ler nak buat makan ni .

Punyalah syok duk tengok tanaman ni , seorang pakcik tua pun datang tegur .

‘Hei Joyah , ralit nampak tengok pokok kau . Baik kau tengok aku ni . Tua tua pun hensem ‘,beritahu pakcik tu .

Mok pun terus sambung , ‘Iyalah hensem ,kalau miamg tu adalah ,’

Laju tangan mok petik jagung dan terus masuk rumah . Malas layan miang-miang keladi ni . Masak lagi syok .

Bahan-bahan:

  • 2 batang jagung, hiris isinya
  • 1/4 -1/2 cawan gula pasir
  • 1 keping gula melaka
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 3 sudu besar biji sagu(biji sagu xde,jadi xltk la)
  • 2 helai daun pandan, carik dan simpul

Cara-cara:

  1. Masukkan santan cair, daun pandan dan isi jagung ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih.

2. Masukkan gula pasir, gula melaka, garam, sagu dan santan pekat. Kacau perlahan-lahan sehingga bubur mendidih. Kadar manis adalah mengikut citarasa anda. Jika rasa kurang manis boleh tambah lagi sedikit gula.

Tip:

Bubur haruslah kerap dikacau di atas api yang perlahan sehingga mendidih supaya kuah tidak berketul dan pecah minyak.

Leave a Comment