KAILAN IKAN MASIN .

Selalunya kalau keluar dengan family mok,menu ni mesti ada. Pergilah restoran mana-mana mesti nak order kailan ni.

Bahan:

.

  • 1 cekak sayur kailan
  • 1 camca besar penuh isi ikan tenggiri masin yang dipotong kecil
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 2 camca besar sos tiram
  • 1/2 cawan air
  • Sos ikan secukup rasa

Cara buat:

  1. Cuci sayur kailan, kemudian rendam dalam air yang dicampur 1 camca besar garam selama 10 minit. Toskan, asingkan batang dan daunnya.
  1. Potong daun sayur kailan dan ketepikan. Batang sayur kailan diketuk2 sedikit dengan pisau, kemudian hiris. Ketepikan
  1. Panaskan 2 camca besar minyak masak. Goreng ikan masin tenggiri hingga harum dan keemasan, guna api kecil. Tolak ke tepi kuali.
  1. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili merah. Kacau rata dengan ikan masin tadi dan masak hingga bawang layu.
  1. Tambah sos tiram, kacau dan tuang air.
  1. Masukkan batang sayur kailan dan masak hingga empuk. Masukkan pula daunnya, besarkan api, kacau dan masak hingga lembut.
  1. Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit sos ikan atau secukup rasa. Gaul rata dan boleh matikan api.

Hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk2 lain..

Leave a Comment