Paprik Sayuran

Harini mok malas nak cakap banyak sebab letih dan ngantuk. Jom kita tengok resepi baru ni.

Bahan-bahan

  • 2 biji terung dipotong memanjang
  • 1 biji lobak merah dipotong
  • 4 batang jagung muda dipotong
  • 10 biji kacang panjang / buncis secukupnya dipotong serong memanjang
  • Sedikit isi udang (jika suka
  • 1 sudu kecil chilli flakes
  • ½ sudu kecil lada sulah
  • 2 sudu besar sos cili Maggi
  • ½ sudu besar sos tiram Maggi
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 ulas bawang besar dibelah tebal
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Maggi Cukup Rasa secukupnya

Cara-cara

  1. Terung digoreng sekejap terlebih dahulu dengan sedikit minyak. Angkat dan ketepikan. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih yang diketuk dan masukkan isi udang.
  1. Masukkan sos cili dan sos tiram bersama sedikit sahaja air. Masukkan daun limau purut, chilli flakes dan lada sulah. Masukkan semua bahan sayuran yang dipotong dan bawang besar. Masak Sekejap.
  1. Masukkan terung goreng. Kacau rata Tabur Maggi Cukup Rasa keatasnya. Kacau sebati Tutup api dan siap!

Leave a Comment