RESEPI AKOK TRADISI KELANTAN

Resepi kuih akok ni dah la mok simpan . Arwah nenek mok yang ajar . Masih terngiang suara halusnya di gegendang telinga mok . Membebel tentang resepi akok yang akan hilang ditelan zaman jikalau tidak diturunkan ilmunya kepada anak cucu .

Ya nenek . Sekarang ni mok dah ambil ilmu nenek tu . Mok share dekat blog mok supaya ramai orang boleh belajar resepi akok turun temurun ni .

Sekarang ni dah hujung bulan 4 . Makin nak dekat dah ramadhan . Daripada duk membeli aja, baiklah kita buat sendiri supaya kasih sayang tu dapat dirasai oleh keluarga kita .

Bahan-Bahan: (21 biji)

  • 5 biji telur
  • 200 ml pati santan
  • 100 ml air
  • 150 gram gula melaka/gula kabung-racik halus.
  • 30 gram tepung gandum
  • 3 helai daun pandan- disiat-siat
  • 2 cubit garam halus

Cara Membuat:

1. Satukan gula kabung, air dan daun pandan. Masak hingga gula hancur.Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar.

2. Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender. Kemudian, blend hingga betul-betul kembang (Adunan kuih akok memang cair). Tapiskan.

3. Panaskan oven selama 15 minit suhu 200’C. Griskan acuan dengan minyak. Masukkan acuan ke dalam oven.

4. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut. Isi penuh acuan. Bakar selama 15 minit, suhu diturunkan ke 180’C. Guna api atas dan bawah.

5. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut. Sejukkan seketika dan hidangkan.

Leave a Comment