RESEPI CEK MEK MOLEK – kuih jenama Kelantan

‘Aloh la mok lamo weh x makey cekmek ni ! Rindu la hoh masa duk Korea tu ‘

Faham ke idok uolls ni . Anak perempuan mok ni suka benor kuih cekmek ni . Setiap kali balik rumah mok , (anak mok ni hidup nomad di Korea ) asyiknya request cekmek molek ni .

Mok pun start la nak gotel gotel cekmek ni . Anak mok dengan hubby dia cepat je ragut kuih ni . Orang lain pun tak sempat nak pegang . Jomlah kita buat sama-sama .

Bahan-Bahan (10 biji)

• 400-450gram ubi keledek (2 cawan keledek lecek)

• 1 cawan tepung gandum @ secukupnya

• Gula putih

• Minyak masak

Cara-cara:

1. Ubi keledek direbus hingga empuk ( masukkan sedikit garam ).Biarkan ubi keledek rebus sejuk,kemudian lecek halus

2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, adun hingga boleh dibentuk.(jangan masukkan terlalu byk tepung, nnt kuih akan menjadi keras).

3. Bahagikan adunan kepada 10 bahagian, bulat2 (besar sket dr bola pingpong), leperkan masukkan setengah sudu kecil gula kat tengah.

4. Pastukan bentukkan seperti kuih cekmek molek.

5. Goreng dgn api sederhana hingga kuning keemasan. SeLamaT MeNcUbA

Note:

• Pastikan ubi keledek betul-betul sejuk,barulah masukkan tepung.Kalau masih suam-suam tambahkan tepung.

• Jika adunan masih melekat kat tangan, sapukan tangan dengan tepung supaya kuih boleh dibentuk.

• Berhati2 kalau makan cekmek time panas2 sbb gula cair masih panas kat dalam..nnt melecur

Leave a Comment