Resepi Jemput Bawang Rangup

Bestnya rumah depan pokok macam ni. Duduk di beranda sambil hirup udara segar .Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut wajah ini . Tiba-tiba pula perut memutar lagu senadanya . Krukk-krukk . Laparlah pula .Masuk rumah la dulu, tengok apa yang ada untuk memasak . Alhamdullilah ada tepung gandum . Bolehlah juga gaul buat jemput ni .

lawonya tempat tea pun

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air mineral
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit minyak-untuk kasi rangup
  • Seulas bawang besar-potong dadu
  • 1 biji telur

CARA-CARA

  1. Masukkan 2 cawan tepung gandum ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama bawang besar yang sudah dihiris halus .
  2. Kacau garam dengan 1 sudu minyak masak supaya jemput bawang kita jadi rangup kemudian masukkannya ke dalam mangkuk tadi
  3. Gaul rata . Seterusnya , pecahkan telur dan masukkan ke dalam mangkuk . Gaul sekata sekali lagi .
  4. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi likat .
  5. Goreng sehingga ia menjadi kuning keemasan .

Siap dan boleh dihidangkan .

Leave a Comment