Ayam Masak Merah Paling Simple dan Dijamin Kelazatannya

Dalam era pascamodenisasi ini, kebanyakan isteri bekerja untuk memenuhi tuntutan arus dunia yang semakin mendambakan wang. Pancaindera kita jelas menyaksikan dunia hari ini memerlukan wang dari segala aspek sehingga si suami tidak mampu membanting tulang empat keringat sendiri menyebabkan isteri tercinta menghulur tangan menringankan beban suami dengan bekerja mencari sumber pendapatan.

Rentetan itu, ibu-ibu mithali ini sudah pasti penat dan malas mencambahkan buah fikiran dalam memikirkan menu yang perlu disediakan buat keluarga tercinta. Dengan adanya menu ayam masak merah cara mok sudah pasti melegakan hati para isteri. Resepi ayam masak merah ini dicipta khas untuk golongan ibu yang bekerja supaya mereka tidak berasa letih untuk menyediakan menu kepada keluarga.

Resepi ini juga dijamin kelazatannya dan antara yang paling gampang disediakan. Tanpa membuang masa, resepi ini didedahkan dengan serta merta.

Bahan-Bahan
  • Ayam
  • Garam dan kunyit
  • 5 biji cili kering
  • 1cm halia
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji buah tomato
  • 1/2 cawan sos tomato
  • Kacang hijau
  • 1/2 biji bawang besae

Cara Memasak

1. Ayam digaul dengan garam dan kunyit. Kemudian, goreng ayam tersebut sehingga separuh masak
2. Kisarkan cili kering,halia,bawang putih dan bawang besar
3. Seterusnya, tumiskan bahan kisar tersebut sehingga naik bau
4. Kemudian, masukkan sos tomato dan buah tomato yang dibelah empat dan tumis sehingga naik minyak
5. Masukkan ayam yag telah digoreng tadi. Air tidak ditambah kerana akan menyebabkan kuah menjadi cair.
6. Gaulkan sehingga sebati supaya ayam masak dan tercampur dengan baik
7. Apabila kuah menjadi pekat, masukkan bahan-bahan hias yakni bawang besar dan kacang hijau. Biarkan selama 2 minit

Leave a Comment