SWEDISH MEATBALLS ALA IKEA

Haritu mok pergi ke Ikea Kuala Lumpur for the first time. Maklumlah kita bukan orang situ. So mok singgah situ dan makan-makan sikit. Mok rasa mok macam rusa masuk kampung dah bila tengok cara nak pesan makanan tu. Anak mok suggest suruh try meatball Ikea ni. Katanya sedap hingga menjilat jari.

Mok pun try la. Fuyoo rasanya!!Sedap sangat ni. Jakun betul. Balik Kelantan haritu terus mok cipta resepi untuk meatball. Maybe tak sama la dengan Ikea punya tapi apa pun try la buat dulu.

.

Bahan-bahan:

  • Meatballs secukupnya (Mok guna brand Marina) goreng atau boleh juga di bake didalam oven.
  • 2 sudubesar butter
  • 2 sudubesar tepung gandum
  • 1 biji bawang holland, dipotong dadu
  • 2 biji tomato dipotong dadu
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar lada hitam tumbuk (nak lebih hot add 1 sudubesar lagi)
  • 1 kiub pati daging
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu besar gula

Cara Penyediaan:

1. Cairkan butter dengan menggunakan api perlahan dan tumis bawang besar hingga layu, tapi jangan sampai garing.

2. Masukkan tepung gandum, kacau rata hingga berubah warna menjadi sedikit brownish. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.

3. Masukkan fresh milk, air, sos tomato, sos tiram, kicap manis, lada hitam, kiub ayam dan daging serta gula. Kacau rata hingga mendidih dan jangan biarkan sauce berketul.

4. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit dan kemudian masukkan ke dalam blender dan di blend hingga halus. Sedia untuk dihidangkan!.

Tips: Gravy ini boleh buat lebih dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru blend dia. Dan gravy ini juga boleh dimakan dengan chicken chop. Cuma tambah hirisan mushroom ya.

.

Leave a Comment